The Kaya Raya

By: The Financial Coconut
  • Summary

  • The Kaya Raya adalah sebuah audio siar yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kewangan para pendengar dengan membincangkan topik dan isu-isu yang menarik berkaitan pelaburan dan pengurusan kewangan yang selaras dengan hukum Syariah. Audio siar ini menampilkan jemputan khas seperti para-para pelabur yang berpengalaman, pakar-pakar kewangan dan juga usahawan-usahawan terkemuka.

    Antara kandungan utama yang dikongsikan di dalam perbincangan audio siar ini adalah mengenai pelaburan saham, hartanah, emas, insurans, belanjawan dan juga perancangan untuk persaraan.

    Audio siar ini juga menyiarkan kisah jatuh bangun para usahawan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pendengar untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak demi mencapai gaya hidup yang lebih selesa serta bebas dari belenggu kewangan.

    Dengarkan kami setiap minggu untuk mempelajari sesuatu yang baharu!


    Hosted on Acast. See acast.com/privacy for more information.

    Copyright 2024 All rights reserved.
    Show More Show Less
activate_Holiday_promo_in_buybox_DT_T2
Episodes
  • Kuota Etnik HDB: Peluang dan Cabaran Pelaburan Hartanah [KayaRaya 08]
    Dec 9 2024

    Dalam episod ini, kami membincangkan topik yang penting untuk setiap pembeli rumah di Singapura - Dasar Integrasi Etnik (EIP) atau lebih dikenali sebagai kuota kaum HDB.


    Bersama tetamu istimewa kami:

    • En. Nizam Nawawi (Mr Nice), Senior Division Director, ERA Reality Network
    • Ustaz Kamal Mokhtar Shariah Advisor


    Antara perkara menarik yang dibincangkan:

    • Sejarah kampung ke HDB: Perkongsian pengalaman peribadi tetamu
    • Mengapa kuota kaum diperkenalkan dan kesannya
    • Peluang-peluang tersembunyi dalam sistem kuota
    • Tips memilih lokasi yang strategik
    • Rahsia pelaburan hartanah untuk masyarakat Melayu


    Jangan lepaskan episod informatif ini yang membongkar strategi dan panduan praktikal untuk menggunakan sistem kuota HDB kepada kelebihan anda!

    Ikuti Kaya Raya, podcast kewangan Islam pertama di Singapura di bawah Financial Coconut, bersama hos anda Tysha Khan dan Salihin.

    #KayaRayaPodcast #HartanahSingapura #HDB #PelaburanIslam #FinancialCoconut


    Hosted on Acast. See acast.com/privacy for more information.

    Show More Show Less
    49 mins
  • Singapura Antara Pusat Kewangan Terbaik Dunia: Apa Rahsianya? [KR 7 Sponsored by Maybank Islamic Wealth Management Singapore]
    Nov 25 2024

    Dalam episod terbaru Kaya Raya Podcast, ikuti perbincangan menarik bersama tetamu jemputan kita, Encik Abdul Halim Bin Abdul Rashid, Ketua Jabatan Pengurusan Kewangan Islam Singapura. tentang mengapa Singapura menjadi pilihan utama pelabur serantau untuk menguruskan kewangan mereka.

    Bagaimana sebuah negara kecil boleh menjadi salah satu pusat kewangan terkemuka dunia? Apakah kelebihan melabur di Singapura berbanding negara lain?

    Topik Perbincangan:

    • Mengapa Singapura menjadi 'safe haven' untuk pelabur serantau?
    • Kestabilan mata wang Singapura - apa yang anda perlu tahu
    • Rangka kerja kawal selia yang kukuh
    • Peluang pelaburan patuh Syariah di Singapura
    • Strategi kepelbagaian portfolio untuk pelabur Malaysia dan Indonesia

    Sama ada anda seorang pelabur dari Malaysia, Indonesia atau mana-mana negara Nusantara yang berminat untuk meneroka peluang pelaburan di Singapura, episod ini membincangkan perkara-perkara penting yang perlu anda ketahui.

    Jangan lepaskan episod terbaru Kaya Raya Podcast ini. Ikuti perkongsian bermanfaat daripada pakar industri tentang strategi pengurusan kewangan yang bijak di Singapura.

    #KayaRayaPodcast #PengurusanKewangan #Pelaburan #Singapura #KewanganIslam


    Hosted on Acast. See acast.com/privacy for more information.

    Show More Show Less
    31 mins
  • Mortgage, Property, and the Idea of a Home #homeownership [TheKayaRaya 5]
    Nov 11 2024

    Join kami dalam episod terbaru The Kaya Raya Podcast di mana kami membahas dunia pelaburan hartanah dan pembiayaan patuh syariah bersama tetamu khas:

    - Encik Ahmad Khalis, Of Counsel, K&L Gates & Straits Law LLC, dan

    - Puan Nona Kirana, District Division Director, ERA Reality Network


    Kali ini, kami akan discuss panduan membeli rumah pertama, perbezaan antara BTO dan flat resale, serta cabaran mendapatkan pinjaman patuh syariah di Singapura. Dari grant CPF to kos tersembunyi dalam pemilikan hartanah, episod ini memberikan semua info yang perlu diketahui untuk plan kewangan dan pelaburan dengan berlandaskan prinsip Islam.


    Topik Utama:

    - Tips untuk profesional muda yang ingin beli rumah pertama

    - Pilihan pembiayaan patuh syariah (dan batasannya)

    - Pertimbangan pelaburan berbanding kediaman sendiri

    - Faedah CPF dan kos tersembunyi pemilikan hartanah

    - Hartanah sebagai aset untuk perancangan persaraan


    Sama ada ini first time anda melabur hartanah atau berpengalaman, episod ini menawarkan panduan untuk membina kekayaan secara holistik di Singapura.


    Like, share dan subscribe untuk discussion yang lebih detail tentang pemilikan rumah dan panduan hartanah Islamik


    Dengar kami di Spotify: https://open.spotify.com/show/20EBbOoSSSQRSr8JdbGVWy


    Follow kami di:

    IG https://www.instagram.com/thekayaraya/

    TT https://www.tiktok.com/business-suite/homepage?lang=en


    Hosted on Acast. See acast.com/privacy for more information.

    Show More Show Less
    52 mins

What listeners say about The Kaya Raya

Average customer ratings

Reviews - Please select the tabs below to change the source of reviews.